Make your own free website on Tripod.com
Muka Depan Sekapur Sireh Buku Pelawat Lihat B Pelawat

 

SMK Kota Maju Jaya

Selamat Datang

Sila Klik

 

  Sejarah
  Perutusan
      Pengetua
      Webmaster
  Pengetua
  Berita
  Sekolah

  Pengurusan

     Pentadbiran
     Kurikulum
     Ko-kurikulum
     HEM
     PSS
     Lencana
     Piagam
     3K
     Lagu Sekolah
     Doa Sekolah
     Kaunseling
     Lokasi
     Pelan
     Kejayaan
  Guru
    Senarai
    Hari Guru
  Pelajar
    Keputusan   Peperiksaan
    Nota
  Akademik
    STPM
    SPM
    PMR
  Khas
    Peringatan
    Ungkapan
    Kata-kata hikmah
    Takwim Sekolah
    Takwin Peperiksaan
  Album
  Alumni
  Pautan
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   ..: Ungkapan :..
 

PETIKAN UNGKAPAN BERHIKMAH

 UNGKAPAN BERHIKMAH DARI NABI ISA A.S.:

BERMULA HAYAT KITA DI DUNIA INI HANYALAH BUAT 3 HARI IAITU,

  1. HARI YANG TELAH BERLALU (SEMALAM) MAKA TIDAK ADA LAGI KESEMPATAN BAGIMU UNTUK MENDAPATKANNYA SEMULA

  2. PADA ESOK HARINYA PULA KAMU TIDAK TAHU SAMADA KAMU BERPELUANG UNTUK MENIKMATINYANYA ATAU TIDAK

  3. OLEH ITU HARI YANG MANA KAMU BERADA DI DALAMNYA (HARI INI) MAKA MANFAATKANLAH IA DENGAN SEBAIK MUNGKIN.

 BERMULA HAYAT KITA DI DUNIA INI HANYALAH BUAT 3 SAAT IAITU,

  1. SAAT YANG TELAH PUN BERLALU (SEMALAM)

  2. SAAT YANG KAMU TIDAK TAHU SAMA ADA KAMU BERPELUANG UNTUK MENEMUINYA LAGI ATAU TIDAK

  3. OLEH ITU SAAT YANG MANA KAMU BERADA DIDALAMNYA MAKA HENDAKLAH KAMU PERGUNAKANNYA DENGAN SEBAIK MUNGKIN KERANA KAMU TIDAK MEMILIKI MASA KECUALI SATU SAAT SAHAJA SEDANG KEMATIAN PULA DARI DARI SAAT KE SAAT SEMAKIN MENGHAMPIRI DIRI KITA.

  BERMULA HAYAT KITA DI DUNIA INI HANYALAH BUAT 3 NAFAS SAHAJA IAITU,

  1. NAFAS YANG TELAH BERLALU DI MANA KAMU BERPELUANG MENYEDUT UDARA ANUGERAH ALLAH

  2. NAFAS UNTUK ESOK HARI YANG MANA KAMU MASIH TIDAK TAHU SAMADA KAMU BERPELUANG UNTUK MENYEDUTNYA ATAU TIDAK

  3. NAFAS YANG MANA KAMU SEDANG BERADA DI DALAMNYA DAN KAMU TIDAK MEMILIKI KECUALI SATU NAFAS ITU SAHAJA SERTA TIDAK ADA SATU HARI ATAU SATU SAAT PUN. OLEH KERANA ITU KAMU MESTILAH SEGERA MEMANFAATKAN NAFAS YANG SATU INI SEBELUM IANYA HILANG.
    BERTAUBATLAH PADA KESEMPATAN YANG KAMU ADA INI SEBELUM AJAL DATANG MENJEMPUT. AMALAN YANG PALING UTAMA IALAH MENJAGA SEMUA WAKTU SEDANG KITA MASIH LAGI BERNAFAS DAN SESUNGGUHNYA MEREKA-MEREKA YANG MENSIA-SIAKAN WAKTU SEBENARNYA TELAH MERUGIKAN UMUR MEREKA SENDIRI.

 

UNGKAPAN BERHIKMAH DARI ABU BAKAR R.A.

"SESUNGGUHNYA BERDIRI IBLIS DIDEPANMU,
JIWA BERADA DI SEBELAH KANANMU,
NAFSU DI SEBELAH KIRIMU,
DUNIA BERADA DI BELAKANGMU,
SEMUA ANGGOTA TUBUH BERADA DI SEKITAR DIRIMU,
SEDANGKAN ALLAH 'AZZAWAJALLA BERADA DI ATASMU.

MAKA MENGHASUTLAH IBLIS LAKNATULLAH KEPADAMU AGAR MENINGGALKAN AGAMAMU,
JIWA MENDORONGMU KE ARAH MAKSIAT,
NAFSU MERONTAMU AGAR MEMENUHI TUNTUTAN SYAHWAT,
SEDANG DUNIA MENGAJAKMU AGAR MEMILIHNYA DARI AKHIRAT,
ANGGOTA TUBUHMU MEMINTA AGAR KAMU MELAKUKAN SEBANYAK MUNGKIN DOSA
DAN ALLAH MENGHENDAKI KAMU SUPAYA MEMASUKI SYURGA SERTA MENDAPATKAN KEAMPUNANNYA.

SESIAPA YANG MEMENUHI PELAWAAN IBLIS MAKA HILANGLAH AGAMA DARI DIRINYA,
SESIAPA YANG MENURUTI AJAKAN JIWANYA MAKA HILANGLAH DARINYA NILAI NYAWANYA,
SESIAPA YANG MENGIKUTI TUNTUTAN NAFSUNYA MAKA HILANGLAH AKAL DARI DIRINYA,
SESIAPA YANG MEMENUHI AJAKAN DUNIA MAKA TIADALAH AKHIRAT BAGINYA,
SESIAPA YANG MENURUTI AJAKAN ANGGOTA TUBUHNYA MAKA HILANGLAH SYURGA UNTUK DIRINYA
TETAPI SESIAPA YANG MEMENUHI PELAWAAN ALLAH MAKA SESUNGGUHNYA AKAN HILANGLAH PADA DIRINYA SEMUA KEJAHATAN SERTA IA AKAN MEMPEROLEHI SEGALA KEBAIKAN."

 PUNCA TAKWA DARIPADA HATI

SEPERTI KATA PEPATAH
"RAMBUT SAMA HITAM, HATI LAIN-LAIN."
PERANGAI DAN SIKAP MANUSIA JUGA BERBEZA-BEZA. ADA YANG SUKA BERMUKA-MUKA, SEPERTI SUKA MENDERMA, TOLONG ORANG SUSAH DAN MEMBERI NASIHAT DAN TUNJUK AJAR KEPADA INSAN YANG MEMERLUKAN.

ADA JUGA YANG PURA-PURA ALIM, MEMAKAI KOPIAH, BERKELAKUAN SOPAN DAN BERCAKAP LEMAH LEMBUT DI KHALAYAK RAMAI TETAPI DI LUBUK HATINYA, TERSIRAT MAKSUD TERSENDIRI YANG ORANG LAIN TIDAK TAHU. NIAT DAN PERBUATAN TIDAK SAMA, SEOLAH-OLAH ADA UDANG DI SEBALIK BATU.

WALAUPUN ORANG LAIN TIDAK TAHU, SETIAP MUKMIN HARUS INSAF DAN SEDAR BAHAWA ALLAH MAHA MENGETAHUI SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN. SEBAGAI INSAN LEMAH, KITA TIDAK LARI DARIPADA BERSIKAP TAKWA SEPANJANG MASA.

TAKWA BERMAKSUD MEMELIHARA DIRI DARIPADA AZAB ALLAH DENGAN MENGERJAKAN APA YANG DISURUH DAN MENINGGALKAN APA YANG DILARANG.

MAKSUD SEPOTONG HADIS RASULULLAH: " TAKWA ITU BERPUNCA DARI SINI (SAMBIL BAGINDA MENEPUK DADANYA TIGA KALI)."

JELASLAH, APA YANG DIMAKSUDKAN RASULULLAH IALAH TAKWA ITU TEMPATNYA DI DALAM LUBUK HATI, BUKAN DI HUJUNG LIDAH, SEBAB APA YANG DIUCAPKAN LIDAH BELUM TENTU SAMA DENGAN APA YANG TERSEMAT DI DALAM HATI.

SABDA BAGINDA LAGI: "SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MELIHAT KEPADA TUBUH DAN RUPA KAMU, AKAN TETAPI ALLAH MELIHAT KEPADA APA YANG TERSEMAT DI DALAM HATI KAMU."

HADIS INI BERMAKSUD, SETIAP AMALAN LAHIRIAH MANUSIA HARUS DILIPUTI TAKWA, BERPUNCA DARI LUBUK HATI, SEPERTI MENINGGIKAN SYIAR ISLAM, MENYIMPAN PERASAAN TAKUT KEPADA ALLAH, MENJAGA DIRI DARIPADA KEMURKAAN ALLAH DAN SEUMPAMANYA.

SETERUSNYA RASULULLAH BERSABDA: "KETAHUILAH, BAHAWASANYA DI DALAM TUBUH ITU ADA SEKETUL DAGING. JIKA BAIK IA, BAIKLAH SELURUH TUBUH ITU. JIKA ROSAK IA, ROSAK PULA SELURUH TUBUH ITU. IA ADALAH HATI."

ULAMA SUFI HASAN ALBASRI KETIKA DITANYA MENGENAI KEELOKAN BUDI PEKERTI, MENERANGKAN: "KEELOKKAN BUDI PEKERTI IALAH BERWAJAH MANIS, BERMURAH HATI DAN BERHENTI MENYAKITI ORANG LAIN."

ULAMA ABU BAKAR MUHAMMAD BIN MUSA AL-WASITI PULA BERKATA: "KEELOKKAN BUDI PEKERTI IALAH SESEORANG ITU TIDAK MEMUSUHI SESIAPA DAN TIDAK PULA DIMUSUHI."

KATA SYAH BIN SYUJAK AL-KARMANI: "KEELOKKAN BUDI PEKERTI IALAH BERHENTI MENYAKITI ORANG DAN TABAH MENANGGUNG KESUSAHAN."

SEBAGAI INSAN BERTAKWA, SESEORANG ITU PERLU BAIK PERGAULANNYA, MENYENANGKAN ORANG LAIN KETIKA SENANG ATAU SUSAH.

 TIGA PERKARA JAUHI BAHAYA

DARIPADA ABU HURAIRAH, RASULULLAH S.A.W BERSABDA, YANG BERMAKSUD: "ADA TIGA PERKARA YANG BOLEH MELEPASKAN SESEORANG ITU DARIPADA BAHAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT."

"ADA TIGA PERKARA JUGA YANG BOLEH MENJAUHKAN SESEORANG ITU DARIPADA PERKARA YANG MEMBINASAKAN DAN TIGA PERKARA LAGI YANG BOLEH MENINGGIKAN DARJAT SESEORANG ITU DI SISI ALLAH S.W.T."

TIGA PERKARA YANG MELEPASKAN SESEORANG DARIPADA BAHAYA ITU IALAH:

  • TAKUT KEPADA ALLAH ZAHIR DAN BATIN PADA WAKTU RAMAI DAN SUNYI

  • PERTENGAHAN PADA SESUATU PERKARA SEPERTI ANTARA WAKTU PAPA DAN KAYA

  • BERBUAT ADIL PADA WAKTU SUKA DAN MARAH

TIGA PERKARA YANG MELEPASKAN SESEORANG DARIPADA KEBINASAAN IALAH:

  • JANGAN BERSIFAT TERLALU KEDEKUT

  • JANGAN MENGIKUT HAWA NAFSU

  • JANGAN MELAKUKAN PERBUATAN SYIRIK KEPADA ALLAH SELAMA-LAMANYA

TIGA PERKARA YANG MENINGGIKAN DARJAT IALAH:

  • MEMULAKAN DENGAN SALAM

  • SELALU MEMBERI MAKAN ORANG YANG BERHAJAT

  • SEMBAHYANG PADA WAKTU MALAM SEPERTI SEMBAHYANG TAHAJUD

TIGA PERKARA YANG MENGHAPUSKAN DOSA

  • MERATA ATAU MELEBIHKAN BASUH PADA SELURUH ANGGOTA WUDUK

  • SENTIASA BERCAMPUR JEMAAH ISLAM

  • MENUNGGU UNTUK SOLAT BERJEMAAH, SELEPAS ITU TERUS BERSAMA-SAMA BERJEMAAH.

 

Info

Selamat Menempuh
Peperiksaan Kepada Calon
PMR
SPM
STPM
semuga mendapat keputusan yang cemerlang

Selamat Maju Jaya..

 

 

 
 
     
 

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota, Jalan Salor,
15100 Kota Bharu, Kelantan.
Kod Sekolah: DEE1127
Tel: 097483312 Fax: 097461228