Make your own free website on Tripod.com
Muka Depan Sekapur Sireh Buku Pelawat Lihat B Pelawat

 

SMK Kota Maju Jaya

Selamat Datang

Sila Klik

 

  Sejarah
  Perutusan
      Pengetua
      Webmaster
  Pengetua
  Berita
  Sekolah

  Pengurusan

     Pentadbiran
     Kurikulum
     Ko-kurikulum
     HEM
     PSS
     Lencana
     Piagam
     3K
     Lagu Sekolah
     Doa Sekolah
     Kaunseling
     Lokasi
     Pelan
     Kejayaan
  Guru
    Senarai
    Hari Guru
  Pelajar
    Keputusan   Peperiksaan
    Nota
  Akademik
    STPM
    SPM
    PMR
  Khas
    Peringatan
    Ungkapan
    Kata-kata hikmah
    Takwim Sekolah
    Takwin Peperiksaan
  Album
  Alumni
  Pautan
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   ..: Senarai Pengetua :..
 

SENARAI PENGETUA-PENGETUA YANG PERNAH BERKHIDMAT 
DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA


     Sejak awal penubuhanya sehingga sekarang seramai 7 orang pengetua telah menabur bakti dan khidmat mereka di SMK Kota. Masing-masing berusaha dengan gigih dan mendapat sokongan padu daripada orang-orang bawahan dalam mencapai kecemerlangan. Di antara Pengetua yang pernah dan sedang berkhidmat disini adalah;

 

ENCIK KASSIM BIN AHMAD
ENCIK ISHAK BIN ALI
ENCIK BACHAN SINGH
TUAN HAJI AB.RAHMAN BIN OMAR
TUAN HAJI NIK MOHD.AMIN BIN NIK JAAFAR
TUAN HAJI ISMAIL BIN MAT
PUAN HJH ZANARIAH BINTI MOHAMMED
1965
1966 - 1971
1972 - 1979
1980 - 1983
1983 - 1995
1995 - 1998
Sekarang



1) ENCIK KASSIM BIN AHMAD

   Encik Kassim Ahmad merupakan orang pertama yang memegang jawatan sebagai pengetua di sekolah ini. Beliau mula berkhidmat pada 1 Jan 1965 hingga 31 Dec 1965. Walaupun tempoh perkhidmatan beliau tidak lama disekolah ini tetapi jasa dan sumbangan beliau tidak boleh dinafikan dalam bidang akademik.

2) ENCIK ISHAK BIN ALI

   Pengetua kedua yang dilantik menggantikan Encik Kassim ialah Encik Ishak Bin Ali. Beliau memegang jawatan ini mulai 1 Jan 1966 dan berakhir pada Dec 1971. Merupaka seorang yang tegas dan banyak mengambil berat tentang kebajikan dan pencapaian anak didiknya.


3) ENCIK BACHAN SINGH

   Beliau pula merupakan pengetua yang ke 3 pernah berkhidmat di sekolah ini. Beliau mula bertugas pada 1 Jan 1972. Banyak perubahan dibuat semasa beliau di sini. Aspek akademik dan ko-kurikulum terus diberi perhatian dalam mencapai impian beliau membawa SMK Kota kemercu kejayaan. Beliau menamatkan perkhidmatanya pada 31 Disember 1979.


4) TUAN HAJI AB.RAHMAN BIN OMAR

   Tuan Haji Ab.Rahman bin Omar telah mengantikan En.Bachan Singh sebagai pengetua ke 4 disekolah ini. Mula bertugas pada 1 jan 1980 dan berakhir pada 15 Mei 1983. merupakan pengetua yang penyayang dan prihatin serta tegas. Berjaya membentuk pelajar disini berdisiplin tinggi. Pencapaian akademik juga tidak dipinggirkan malah terus meningkat sebagaimana impian beliau ke sini.

5) TUAN HAJI NIK MOHD.AMIN BIN NIK JAAFAR

   Beliau adalah pengetua ke 5 yang bertugas di sekolah ini bermula pada 16 Mei 1983 dan berakhir pada 1995. Merupakan pengetua paling lama berkhidmat di sekolah ini iaitu melebihi 12 tahun.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau disini , beliau banyak menumpukan perhatian dalam menjayakan wawasan sekolah. Gigih membentuk generasi berilmu dan berjiwa mulia seterusnya menerapkan nilai hidup beragama. Beliau juga begitu disegani oleh semua pelajar dan seluruh warga SMK Kota.


6) TUAN HAJI ISMAIL BIN MAT

   Merupakan pengetua yang ke 6 di sekolah ini dan mula memegang jawatan pengetua di sini ada 16 November 1995 sehinggalah beliau bersara daripada perkhidmatan perguruan pada 31 Mac 1998.

7) PUAN HJH ZANARIAH BINTI MOHAMMED

   Beliau mengambil alih tugas sebagai pengetua yang ke 7 bermula pada 1 April 1998. Walaupun beliau masih baru di sekolah ini tetapi telah banyak sumbangan telah dicurahkan. Aspek keceriaan sangat dipentingkan supaya sekolah ini cantik dan selesa sebagai tempat menuntut ilmu. Kawasan sekolah berubah wajah dan terus diberi perhatian . Seluruh sudut tidak diabaikan.
  
Budaya kerja cemerlang ditanam dalam hati seluruh warga di sini bagi memantapkan lagi penghayatan menghasilkan kerja cemerlang dan membawa sekolah ke mercu kejayaan dan kegemilangan. Beliau juga bersifat penyayang dan begitu prihatin. 
  
Aspek akademik terus menjadi agenda penting beliau dalam mengangkat martabat bangsa melayu supaya terus disegani. Dalam menjalankan tugas beliau begitu teliti dan tidak menjadi masalah kerana dibantu oleh penolong-penolong kanan yang juga berwibawa. Pencapaian terus meningkat berbanding sebelumnya malah mampu menghasilkan pelajar cemerlang dan berupaya meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 
  
Aspek ko-kurikulum juga tidak diabaikan. Bidang sukan terus menunjukkan kecemerlangan baik di peringkat sekolah, daerah dan negeri serta kebangsaan
 

 

Info

Selamat Menempuh
Peperiksaan Kepada Calon
PMR
SPM
STPM
semuga mendapat keputusan yang cemerlang

Selamat Maju Jaya..

 

 

 
 
     
 

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota, Jalan Salor,
15100 Kota Bharu, Kelantan.
Kod Sekolah: DEE1127
Tel: 097483312 Fax: 097461228