Make your own free website on Tripod.com
Muka Depan Sekapur Sireh Buku Pelawat Lihat B Pelawat

 

SMK Kota Maju Jaya

Selamat Datang

Sila Klik

 

  Sejarah
  Perutusan
      Pengetua
      Webmaster
  Pengetua
  Berita
  Sekolah

  Pengurusan

     Pentadbiran
     Kurikulum
     Ko-kurikulum
     HEM
     PSS
     Lencana
     Piagam
     3K
     Lagu Sekolah
     Doa Sekolah
     Kaunseling
     Lokasi
     Pelan
     Kejayaan
  Guru
    Senarai
    Hari Guru
  Pelajar
    Keputusan   Peperiksaan
    Nota
  Akademik
    STPM
    SPM
    PMR
  Khas
    Peringatan
    Ungkapan
    Kata-kata hikmah
    Takwim Sekolah
    Takwin Peperiksaan
  Album
  Alumni
  Pautan
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   ..: Hari Guru :..
 


Sambutan Hari Guru 
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota

 

    Pada 23 Hb Mei 2001 yang lalu Sekolah Menengah Kebangsaan Kota telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tema hari guru pada tahun ini adalah "BERSATU MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN". Pada Hari tersebut beberapa acara telah diadakan. Di antaranya ialah perhimpunan, senaman dan acara dewan. Sewaktu acara dewan guru dan pelajar telah menunjukkan bakat masing-masing dan yang paling menarik pengetua SMKK telah menunjukkan bakat beliau dengan membaca Syair. Di antara acara yang dipersembahkan pada hari itu ialah dikir barat, puisi, lakonan dan nasyid. Sambutan Hari Guru kemudiannya diteruskan oleh pelajar sessi petang. Semoga sambutan Hari Guru dapat merapatkan lagi guru dengan pelajar. -Webmaster-
 

Album hari guru

Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masayarakat
Dan negara kami

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prisip Rukun Negara
Pada setiap masa

  LAGU RASMI HARI GURU

GURU MALAYSIA
Lagu dan lirik oleh Hashim Ahmad

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetapkan kami tunaikan

 

LAGU TEMA HARI GURU

  BERSATU MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN

Lagu oleh Rosli Ahmad
Lirik oleh Norazah Shariff

Mendidik anak bangsa Malaysia
Agar menjadi warga yang berwibawa
Pendidikan berteraskan keikhlasan
Kita memartabatkan profesion gemilang
Dengan tabah dan berani
Kita mencurahkan bakti
Sama mencorak warna kecemerlangan
Bersatu memartabatkan profesionperguruan
Maju Malaysia untuk selamanya
Pendidikan berkualiti cerna wawasan sejati
Akhlak yang mulia menjadi terasnya
Kepadamu Malaysia
Kami pendidik berikrar dan berjanji
Kepadamu Malaysia
Moga sejahtera kita selamanya

 

 

Info

Selamat Menempuh
Peperiksaan Kepada Calon
PMR
SPM
STPM
semuga mendapat keputusan yang cemerlang

Selamat Maju Jaya..

 

 

 
 
     
 

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota, Jalan Salor,
15100 Kota Bharu, Kelantan.
Kod Sekolah: DEE1127
Tel: 097483312 Fax: 097461228